misi & visi

CERIA HARMONI BERBAKTI

30 October 2011

KEJOHANAN MENEMBAK JAKPAW 2011 REJ512 AW T




KEJOHANAN MENEMBAK JAKPAW 2011 REJ512AW






Kejohanan menembak Jakpaw 2011 REJ 512 AW. Pada 29 Okt 2011 di Lapang Sasar Bukit Bubus Tembila, Besut.

08 June 2011

Al Fatihah buat Pak Yii(BB)


Ucapan perpisahan buat Pak Yii Pada posting kami pada 9 sept 2010, kerana berhijrah dari Besut ke Kuantan bagi mencari rezeki dan bagi meneruskan perjuangan hidup diri dan keluarga. Pada 29 Mei 2011 pula, Beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya, telah pulang ke Rahmatullah di hospital Kuantan dan di semadikan di felda Cherul Kemaman. Marilah kita sama-sama sedekah Al Fatihah buat Arwah Pak Yii (BB) Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin.

29 January 2011

Selamat tinggal rakan Besut


Sebelum berakhir 2010, seorang lagi rakan kita iaitu Cik Fauzi telah meninggalkan bumi Besut, setelah berakhirnya perhidmatan beliau. beliau telah bersara setelah sekian lama bertugas dan berkhidmat untuk negara. Sekalung tahniah dan syabas buat beliau atas sumbangan kepada negara. Beliau dan keluarga telah kembali ke kampung halaman sebagai orang awam untuk meneruskan hidup bersama keluarga tercinta. Di Taman Permai 5, 35600 Sungkai perak. Semoga kehidupan beliau dan keluarga sentiasa tenang, gembira dan mendapat keredaan Allah. Kenangan bersama beliau tetap segar diingatan. Bagi rakan-rakan kita yang ingin menghubungi beliau bolehlah menghubungi beliau ditalian baru beliau iaitu 019-5502121.

09 September 2010

Salam Perpisahan



SALAM PERPISAHAN

Dengan rasa kesedihan Ch Besut, telah kehilangan dua orang sahabat yang telah banyak menabur bakti, jatuh dan bangun bersama Ch Besut. Sahabat kita Pak sham(BD) dan Pak Yii(BB) yang terpaksa meninggalkan rakan-rakan CHB demi tugas masing-masing. Aidilfitri 2010 ini. Rakan CHB tidak dapat bersama-sama beliau. Walau bagaimana pun, kenangan semasa bersama tetap kekal dalam memori. Semoga perjalanan hidup kedua-dua rakan kita sentisa di berkati Allah, dipermudahkan segala urusan dan mencapai segala cita-cita. AKHIR SEKALI
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2010 KEPADA SEMUA SAHABAT CHB. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

12 May 2010

Mesyuarat 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera, rakan-rakan yang dikasihi semua.

Sedikit PENGUMUMAN kepada semua rakan. Segala idea,buah fikiran, cadangan serta rasa ketidakpuasan hati rakan-rakan mengenai apa jua berkenaan dengan kelab CHB bolehlah sms pada BG atau email saja pada kelabchb@gmail.com . Tarikh akhir sms dan email diterima ialah sehari sebelum tarikh mesyuarat diadakan. setiap cadangan,buah fikiran dan suara rakan-rakan akan di cetak dan diagihkan semasa mesyuarat tersebut.

Kerjasama dan sokongan rakan dapat mengharmonikan lagi CHB.
Rujukan : CB/RA/B/01/2010
Frenkuisi:147.585V69
Tarikh :12 Mei 2010


Kepada:
Semua Ahli CH Besut.


MESYUARAT KELAB CH BESUT(CHB) KALI PERTAMA 2010.

Salam hormat. Merujuk perkara di atas Kelab CH Besut (CHB) akan mengadakan Mesyuarat Kali Pertama 2010 seperti berikut:

Tarikh : 19 Mei 2010. (RABU)
Tempat : Balai Belia Sri Medang, Besut.
Masa : 9.00 Malam.

2. Sukacita dimaklumkan tuan dijemput hadir bagi membincangkan perkara-perkara penting ke arah kemajuan dan keharmonian kelab sepertimana lampiran perkara dan aturcara.

3. Untuk makluman tuan, sedikit makanan dan minuman disediakan oleh kelab semasa mesyuarat.


4. Bersama ini disertakan atucara dan agenda mesyuarat untuk persediaan tuan semasa mesyuarat

Sekian, terima kasih, 7 3

”CERIA, HARMONI, BERKHIDMAT”


Saya yang menjalankan tugas,



..............................
(BRAVO GOLF)
Setiausaha sementara.

Sk.
1.Pengurusi
2. Fail