misi & visi

CERIA HARMONI BERBAKTI

10 February 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan dan saudara-saudara kita semua. Setelah sekian lama, kurang lebih 2 tahun terjalinya keakraban antara kita dan rakan-rakan semua. Untuk Posting kali ini, Rasanya eloklah kita membuat imbasan kembali peristiwa serta memori yang kita semua sama-sama tempuhi dengan 1000 kenangan, suka duka, gurau senda rakan-rakan kita. Tak kira sama ada di udara maupun di daratan. Catatan memori-memori lepas akan di postingkan sedikit masa lagi. Harap rakan-rakan bersabar.......

Untuk kali ini, Tahniah diucapkan kepada rakan kita yang berjaya dalam REA siri 2 2009 lepas, kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa. Boleh cuba lagi sekiranya ada kemahuan. INGAT lulus dan gagal dalam ujian ini tidak memberi apa-apa makna kepada kita, ianya tidak boleh menambahkan pendapatan kita, Hanya hobi semata-mata....
Akhir posting kali ini diharap rakan-rakan tidak lupa kepada saudara kita yang menderita, kerana masalah kesihatan. Marilah kita sama-sama berdoa agar rakan kita B03(9w2RKG) cepat-cepat sihat, ditenangkan fikiran, dilapankan dada dikurangkan menderita kesakitan. Kita rakan-rakan hanya mampu berdoa dan memberi semangat selebihnya dari yang Maha Esa.