misi & visi

CERIA HARMONI BERBAKTI

12 May 2010

Mesyuarat 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera, rakan-rakan yang dikasihi semua.

Sedikit PENGUMUMAN kepada semua rakan. Segala idea,buah fikiran, cadangan serta rasa ketidakpuasan hati rakan-rakan mengenai apa jua berkenaan dengan kelab CHB bolehlah sms pada BG atau email saja pada kelabchb@gmail.com . Tarikh akhir sms dan email diterima ialah sehari sebelum tarikh mesyuarat diadakan. setiap cadangan,buah fikiran dan suara rakan-rakan akan di cetak dan diagihkan semasa mesyuarat tersebut.

Kerjasama dan sokongan rakan dapat mengharmonikan lagi CHB.
Rujukan : CB/RA/B/01/2010
Frenkuisi:147.585V69
Tarikh :12 Mei 2010


Kepada:
Semua Ahli CH Besut.


MESYUARAT KELAB CH BESUT(CHB) KALI PERTAMA 2010.

Salam hormat. Merujuk perkara di atas Kelab CH Besut (CHB) akan mengadakan Mesyuarat Kali Pertama 2010 seperti berikut:

Tarikh : 19 Mei 2010. (RABU)
Tempat : Balai Belia Sri Medang, Besut.
Masa : 9.00 Malam.

2. Sukacita dimaklumkan tuan dijemput hadir bagi membincangkan perkara-perkara penting ke arah kemajuan dan keharmonian kelab sepertimana lampiran perkara dan aturcara.

3. Untuk makluman tuan, sedikit makanan dan minuman disediakan oleh kelab semasa mesyuarat.


4. Bersama ini disertakan atucara dan agenda mesyuarat untuk persediaan tuan semasa mesyuarat

Sekian, terima kasih, 7 3

”CERIA, HARMONI, BERKHIDMAT”


Saya yang menjalankan tugas,



..............................
(BRAVO GOLF)
Setiausaha sementara.

Sk.
1.Pengurusi
2. Fail
AGENDA MESYUARAT CHB KALI PERTAMA 2010.

Tarikh : 19 Mei 2010(RABU)
Masa: 9.00 Malam
Tempat: Balai Belia Sri Medang.

9.00 – Pendaftaran
9.30 - Ucap Utama Pengurusi
10.00 -Membentang dan pengesahan mesyuarat AJK yang lepas.
11.00 - Laporan jawatankuasa lama.
- Pembentangan kewangan
-Pembubaran Jawatankuasa lama
- Pelantikan jawatankuasa baru.
- Pembentangan usul
- Tambahan ahli baru
- Status Ahli tidak aktif
- Kutipan yuran tahunan
- Lain-lain hal.
12.00 -Penangguhan Mesyuarat.